Cantik! bersinar-sinar anak mata saya memandang Oki Setiana Dewi (OSK) dalam fanpage FBnya. Contoh muslimah yang menutup aurat secara total. sempurna. bagaimana?
- memakai stokin tangan dan kaki
- melabuhkan hijab
- memakai kain yang tebal, labuh, tidak mengikut bentuk badan
- tata rias solekan yang nipis
saya andaikan watak pembaca saya seperti saya- sukakan kecantikan, sukakan pujian, sukakan perhatian, sukakan hot selling item. kita manusia biasa, memang payah kerana TERBIASA.
umum kerana terikut. umum kerana budaya dan cara kita. umum kerana cetek ilmu. umum kerana itu memerlukan PERUBAHAN dari apa yang kebiasaan kepada sesuatu yang LEBIH BAIK.
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Percaya pada kitab Al-Quran;
itukan rukun IMAN.
itukan perintah WAJIB kenapa masih tapi-tapi.
itukan pegangan umat Islam kenapa masih bertangguh lagi.
itukan hak Allah ke atas hamba-Nya kenapa masih beralasan itu dan ini.
Kecantikan iman akan lahir dari hati yang ikhlas kerana perintah Allah.
Pujian dunia akan tenggelam bila pahala di akhirat sana yang ditimba nanti.
Perhatian manusia dan dunia hanya sementara di akhirat sana kekal abadi.
Wujudkan sifat malu yang tebal kepada Allah.
Kata sayang Rasulullah, cinta Kitabullah.
Saya sayang saudara saya,
maka ayuhlah labuhkan hijabmu wahai saudari Musliminku,
Tutuplah rambutmu istimewakan ajnabimu,
Riaslah dirimu dengan sempurnakan wudhu' mu.
InsyaAllah ke syurga itu impian setiap manusia.
Tetiba terpana dengan tajuk buku baru OSK- Hijab i'm in love. Bukankah itu langkah kecil kita menjadi muslimah terbaik buat diri, suami, keluarga dan rakan.
No comments:
Post a Comment