Bukan pertama kali salam kemaafan saya hulurkan buat anda semua. seingat saya beberapa kali dalam tulisan terdahulu saya menulis tentang kemaafan. kerna saya percaya kita bernama manusia sering khilaf. baik niat di hati, perbuatan secara langsung atau tidak, emosi, fikiran atau apa saja. hamba Allah serba lemah ini tiada yang sempurna. namun kali ini lebih bersifat peribadi - ditujukan khas kepada sesiapa yang mengenali saya, jauh atau dekat, setiap hari bersua atau seminggu dua atau mungkin teman hye dan like status saya di fb..atau sekilas komen yang menghibur hati saya. saya tujukan kepada kamu semua.
pertama, setiap penulisan di arena maya ini sekadar coretan insan biasa. terkadang mahu berkongsi ilmu yang secetek air di buku lali saja. terkadang mahu berkongsi emosi kasih sayang bersama semua. terkadang mahu menulis apa yang saya rasa dari perspektif saya. itu sahaja.
kedua, teman rakan di FB yang selalu saya mengusik, diusik, terusik, doa, harapan, kata-kata nasihat yang saya tempek di dinding FB kalian.
No comments:
Post a Comment